FREE Irox T-Shirt
Bermula Disember 2010, kami menawarkan sehelai t-shirt percuma bagi setiap pembelian barangan Irox. T-shirt ekslusif Irox ini adalah terhad dan tawaran akan berakhir sehingga stok t-shirt ini telah habis. Cepat, hubungi 0176666047 untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.
Selamat Menyambut Ramadhan
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia oleh Irox. Semoga keberkatan bulan yang mulia ini akan menyerikan hidup anda.
Irox Di Pasaran Malaysia
Bermula Julai 2010, jam dan gajet dari jenama Irox kini boleh di dapati di pasaran Malaysia. Jenama ini dipasarkan oleh sebuah syarikat bumiputera tempatan, Orgaprima Resources yang berpusat di Melaka. Menurut pengurus dan pemilik syarikat ini, jenama Irox ini dibawa khusus dari Swiss untuk pendaki gunung ataupun penggiat aktiviti lasak di Malaysia. Menurutnya lagi, setelah 3 tahun sebelum ini mencuba sendiri jenama ini dengan kelasakan sekitaran iklim negara kita, beliau mendapati ianya sangat lasak dengan bacaan fungsinya yang relevan.
Irox adalah jenama dari Switzerland yang ditubuhkan sejak 2002. Irox adalah jenama yangg mengkhusus dalam kategori produk kajicuaca, alam sekitar dan outdoor. Produknya dlm segmen ‘outdoor watches’ pula direka khusus untuk kegunaan pendaki gunung dan penggiat aktiviti outdoor. Antara kelebihan jam-jam Irox yang tidak terdapat pada jenama lain bagi kategori ABC Outdoor Watch ialah panduan ramalan cuacanya yang informatif. Kini, untuk meramalkan kehadiran hujan dan petir bukan hanya sekadar melihat plot-plot graf tekanan menaik atau menurun lalu merumuskan sendiri keadaan cuaca yang bakal berlaku. Simbol-simbol khusus pada peralatan Iroxseperti panas, mendung, berawan, hujan dan petir digunakan untuk panduan cepat dan tepat berdasarkan analisis kalkulatif perbezaan suhu dan tekanan. Dan sebagai sebuah organisasi yang menjurus dalam bidang kajicuaca, pastinya ketepatan ramalan jam dan peralatan Irox tidak perlu dipertikaikan. Peralatan kajicuaca Irox mendapat sentuhan Jörg Kachelmann, meterologist dan pengasasMeteomedia AG , peneraju organisasi kajicuaca di Eropah dalam sistem amaran awal untuk mengesan kehadiran cuaca ekstrim.
Satu lagi inovasi dari jam Irox ialah fungsi Vertic-Log® yang direka oleh Mischu Wirth, pengasas MWGuiding Mountain Sports School di Bern, Switzerland. Fungsi ini akan merekodkan data pendakian kepada segmen tertentu setiap kali mencecah ketinggian 100m. Oleh itu, kita dapat menganalisis data tersebut ketika mendaki dan menggunakannya untuk merancang pendakian untuk ketinggian yang seterusnya. Ini dapat membantu taktikal pendakian dan penambah-baikan keselamatan di gunung di masa akan datang.
Begitu juga dengan fungsi Thermo-Log®. Dengan penggunaan gajet berasingan, data suhu persekitaran tidak lagi dipengaruhi oleh suhu badan atau ketika kita memakai jaket yang menutupi jam. Data perubahan suhu sekitaran yang direkodkan dalam segmen tertentu lebih tepat dan ia turut membantu taktikal pendakian. Antara fungsi-fungsi asas lain yang terdapat pada jam-jam Irox ialah HR Peer untuk mengesan denyutan jantung, Altimeter untuk ketinggian, Digital Compass untuk arah, Thermometer untuk suhu, Barometer untuk tekanan dan sebagainya lagi.
Produk-produk Irox tidak hanya khusus untuk jam sahaja. Instrumen seperti Weather Station, Hygrometer, Termometer dan Meteo Receiver pula adalah peralatan yang direka untuk kegunaan domestik. Apa yang pasti, Irox menggunakan teknologi canggih dan terkini dalam rekaan produknya yang sentiasa mengutamakan kualiti.

















